29 October 2010

Loudness - Live in Tokyo : Lightning Strikes [1986]

Assalamualaikum....
Salam sejahtera kepada sumer....
Terus sajer ke oversea....
LOUDNESS, mana MAT ROCK dalam Malaysia yang tak kenal band dari NIHON nih...
Budak budak sekarang pun pakai baju LOUDNESS walaupun tak pernah dengar lagu diorang....
Cover set YAMAHA 135LC pun ader yang di airbrush pattern LOUDNESS nih!!!!!
Cukup femeeeeeeeeeeeeees!!!!
Berbalik kepada LOUDNESS yang aku tunjuk nih....
Ni DVD konsert yer, bukannya CD album studio diorang....
Dirakamkan pada 1986, APA??? 1986????
YEEEEEEEEEEEE!!!! 1986!!!!
Aku time nih baru darjah 5....
Hehehehehe...
4 orang mamat NIHON dah ROCKING dunia ROCK!!!!!
Best konsert nih, zaman THUNDER IN THE EAST ni weeeeeeeei!!!!!!
Walaupun tracklist tak banyak mana, ada 9 jer (yer la DVD nyer pun murah jer RM19.90), tapi amat mengujakan....
Dengan vocal NIIHARA yang agak unik, agak memukau....
Tak bleh kena pukau terus, khayal pasal muzik ni takut jatuh HARAM lak statusnyer....
Huhuhuhuhuhu....
Paluan HUGUCHI yang padat, permainan bass yang agak kompleks dari YAMASHITA dan semestinya GIGITAN gitar AKIRA TAKASAKI!!!!!
Tak banyak aku nak ceritakan pun, korang  beli dan layan la sendiri.....

Lagu Lagu Dari Filem - Layar Lara [1997]

Ni pun BEST jugak...
Hahahahaha...
Pasai apa????
Pasai aku suka kat band TEACHER'S PET....
Hampir keseluruhan lagu lagu dalam nih dari band nih....
Adala selagu dari MAN BAI dan selagu lagi dari AZEAN IRDAWATY....
Diselitkan dengan klip dialog dari filem LAYAR LARA, serba sedikit mengikut jalan cerita filem....
Instrumental yang mengasyikkan tambahkan plak versi KERONCONG....
Aku suka sangat KERONCONG!!!!!
ROCK, ROCK la jugak....
Hehehehehehehe.....
Tak banyak dapat dicoretkan, pasai ni album macam kompilasi jerk....
Tapi kalau korang dapat jumpa, BELI jer, tak rugi....

28 October 2010

Metalasia - Silantra... Bermulanya Sebuah Epik [2002]

Huhuhuhuhuhu....
Memang EPIK!!!!!!
Daripada mula sampai abih, memang terpegunla...
Memang sebuah album gitar pada aku...
Penuh dengan guitar work yang kompleks....
Instrumental pun BERASAP!!!!!
Buat KING SHAH dan RITZ, aku SUSPEK korang!!!!
Dah lama aku dahagakan band PROGRESSIVE kat Malaysia nih...
Pasal korang jugakla tumbuh lagi band band yang berciri PROGRESSIVE seperti MELON KING dan SYMPHONIA.....
Syabas mere betey!!!!
Suka memba** buta aku album ni dari 1st album korang.....
Dari segi sound, arrangement, vocal (sorry CD Khanzab, huhuhuhuh) memang jauh beza ngan album nih...
Kena plak part alternating guitar solo, PERRRRRRRRRRRRRRRRRGH (pinjam trademark iklan Celcom) memang BEST la......
Cuma aku hampa korang tak dak album kesinambungan dari album nih.....
Overall rating kalau max 5 bintang, aku bagi 7 bintang!!!!
Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah, sebab album ni ROCKING!!!!!

27 October 2010

The Pilgrims - Away From the Numbers [1994]

Yeaaaaaaaaaaaaaaaahu, mari mengimbau lagi zaman sekolah....
Hahahahahahaha....
Antara band band terawal di negara yang mengetengahkan muzik berkonsepkan PUNK...
Geng geng lain seingat aku la, SPIRAL KINETIK CIRCUS, lagi apa ntah...
Ni album studio kedua diorang selepas PERFUME GARDEN [1992] dimana lebeh ekspresif, lebeh rebel, lebeh PUNK!!!
Album yang nih lebeh santai pada aku ngan lagu lagu catchy, nak macam ballad pun ader....
Tapi aku respect la ngan KOMBAT dan geng nih, sound album nih sedap siut....
Dah macam mainstream, dengan keBERSIHan sound, balance instrument lagi (selalunya album PUNK nih tak brapa balance, memang konsep macam tuh)....
Susun atur lagu, boleh dipuji...
Album nih agak susah didapati dipasaran kerana diterbitkan oleh syarikat INDIE yang tak lama pun hidup...
Lagi pun zaman nih tak banyak cetakan tak salah aku....
Demam KURT COBAIN (Seattle GRUNGE) tengah kuat....
Demam Death/Thrash Metal macam BRAIN DEAD pun tengah hangat masa nih secara tak lansung agak menenggelamkan cabang UNDERGROUND Malaysia yang lain....
Overall untuk album nih, boleh beli la untuk PUNKHEADs...
Boleh disimpan sebagai khazanah peribadi...
Huhuhuhuhuhu....

Mega - Mega [1990]

Ermmmmm.....
Apa nak dicoretkan ni yer????
Blasah jer la....
Ni adalah cover CD keluaran semula oleh MUSIC VALLEY yang diterbitkan semula ntah tahun bila, tak dicatatkan plak....
Album paling bagus dan berantu dalam deretan album studio kumpulan MEGA nih....
Dimulakan dengan lagu paling meletup, SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA dan diakhiri dengan lagu yang juga mendapat tempat kat hati korang dulu dan sekarang pun masih bleh layan lagi, PASTI.....
Secara keseluruhan album ini mengandungi lagu BEST!!!! (pada aku la).....

Lagu ballad/ slow rock yang tak meleret sangat, dan lagu rock yang ROCKIN!!!

Lagu seperti BADAI (track listing #2) mempunyai susunan muzik yang bagus, secara tak lansung membuatkan aku suka kat kumpulan nih....
MAT MEGA (gitaris utama) kumpulan ni memang berbakat....
Susunan lagu, dia yang susun, skill gitar, berasap!!!!
Teringat lagi malam JUARA LAGU 1990 time diorang ni perform, intro diorang, perggggggggggggggh!!!!!
JASON BECKER tu beb!!!! 
Lagu OPUS POCUS dari album PERPECTUAL BURN- JASON BECKER telah diolah dan dikacukkan kedalam lagu diorang....
DASYAT la pada aku time tuh!!!!! 
MAT MEGA tayang skill permainan tremolo dengan menggunakan IBANEZ JS SERIES (Joe Satriani punya model nih beb!!!! Zaman ni tak der IBANEZ China, Indon, Taiwan lagi, jadi bayangkan berapa ramai RM yang terkorban nih!!!! Huhuhuhuh....)
Memang DASYAT la lagik....
Cakap banyak tak payah la, bagi korang yang takder atau pernah ada album nih tapi ntah kemana menghilang, jumpa jer album nih, korang WAJIB BELI....
Tak rugi punya.....




25 October 2010


Ehem ehem....
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Percubaan pertama untuk mem'BLOG'kan diri ini....
Nothing specific, just everything yang aku suka...
Semoga dapat memeriahkan hidup yang kadangkala suram, kadangkala gumbira.....
Kebanyakannya tentang apa yang aku suka, apa yang aku ada, apa yang aku minat, apa yang aku hajat dan apa apa lagi yang membabitkan aku...

Gambar sebelah ni merupakan salah satu yang aku minat...

Muzik, tapi ramai orang suka muzik jugakkan....
Kumpul bahan muzik?????
Alat muzik?????
Hehehehehehehehehe....
Nanti nanti la aku tambah lagi....